Monday, 6 March 2017

PANAS TELINGA !!! Selepas muatnaik foto sindiran dikaitkan dengan Rita Rudaini,,, ini pula kenyataan susulan mengejutkan Donna Muslim yang korang tak sanggup baca!!!


@#$%Sekarang ini, nama Rita Rudaini menjadi panas gara-gara dituduh sesetengah pihak sebagai punca rumah tangga pelakon Aqasha dan isterinya, Baizura berantakan. Tiba-tiba pula, jejaka yang pernah dikatakan bercinta dengan Rita, Donna Muslim memuat naik foto dengan kapsyen berbaur sindiran yang seakan berkaitan dengan isu yang sedang dihadapi oleh Rita.

Walaubagaimanapun, Donna menjelaskan foto itu tidak ada kena mengena dengan Rita. Malah, Donna sudah memadam foto berkenaan di akaun Instagramnya itu agar tidak mengundang sebarang spekulasi serta kritikan.

''Saya muat naik gambar hiasan itu secara jujur dan ia memang tiada kaitan dengan isu terbabit. Sebaliknya, ia berkaitan dengan situasi saya alami sendiri membabitkan kawan. Biasalah, ada kawan yang kita percaya, tetapi tikam dari belakang dan macam-macam lagilah. Saya bagaimanapun memang tidak menujukan gambar itu kepada dirinya. Tapi biasalah, netizen mula mengandaikan ia memang merujuk kepada situasi itu.

''Gara-gara gambar itu juga, ada yang mula memberi komen pedas dan andaian bukan-bukan. Jadi, saya ambil pendekatan memadamkan gambar itu kerana enggan mengeruhkan perkara yang disalahtafsirkan. Ikutkan, saya tak tahu pun kontroversi membabitkan mereka. Saya hanya mengetahui perkara itu pun menerusi kawan yang memaklumkannya''.

Untuk pengetahuan anda, Donna sudah lama tidak mengambil tahu sebarang berita terkini tentang Rita dan beliau juga bukan pengikut Rita di Instagram.

''Saya pun sudah lama tidak menjadi pengikutnya di laman Instagram. Dia pun tak pernah ‘follow’ saya. Jadi, mustahil saya ada niat jahat dengan memuat naik gambar hiasan itu''.

Kesian Donna tiba-tiba terpalit denga kontroversi dan menerima kritikan, malangnya masa beliau memuat naik foto tersebut memang tidak kena apatah lagi isu berkaitan Rita sedang hangat. Harapnya dengan penjelasan Donna, tiada lagi pihak yang terasa ataupun salah faham.






Respon Mengejutkan Donna Muslim (Pernah Digosipkan Dengan Rita Rudaini) Isu Rumah Tangga Aqasha !!!

Pedas dan sinis! Itulah yang boleh ditakrifkan dengan respon berbentuk gambar yang dimuatnaik oleh Donna Muslim, pengacara yang pernah digosipkan dengan Rita Rudaini sebelum ini. 

Gambar dan caption tersebut seakan memberi bayangan kepada apa yang sedang hangat diperkatakan kini. Bagaimanapun gambar tersebut telahpun dipadam beberapa ketika kemudian. 

Sehingga kini tiada lagi komen daripada sebelah pihak Rita Rudaini mahupun Aqasha. Ramai peminat masih menanti apa pula kisah di sebelah pihak mereka. Sama-sama kita nantikan. 


Sunday, 5 March 2017

Pedasss !!! Ini Komen Panas Dari Abang Ipar Aqasha, Dedah Rita Rudaini Orang Ketiga



Sebelum ini kisah perkahwinan Aqasha dan isteri telah menajdi bualan ramai apabila dikatakan sedang goyah.

Perkahwinan ini dikatakan diganggu oleh orang ketiga yang sehingga kini menjadi teka teki kepada orang ramai.

Semua ingin tahu siapakah gerangan orang nya kerana ada mengatakan wanita itu merupakan seorang pelakon wanita.

Baru-baru ini, setelah kes Aqasha dan isteri menjadi viral, abang ipar Aqasha iaitu Yusry Sabri membuat jkomen pasan di laman sosial miliknya.

Dalam komen tersebut, Abang ipar Aqasha mempersoalkan kemampuan penyanyi dan pelakon tersebut..

Malah, nama pelakon Rita Rudaini juga telah dipetik dan dikaitkan sebagai 'orang ketiga' dalam rumahtangga adiknya itu.

Yusry juga mendedahkan, dia tidak dapat menahan sabar apabila Rita Rudaini telah 'datang' berjupa dengan isteri Aqasha.

Ini pendedahan panas dari abang ipar Aqasha.@#